Cart 0

Tip Membeli Kain Ela

TIPS MEMBELI KAIN ELA YANG BETUL


Antara tip-tip yang harus diteliti ketika membeli kain ela:


1- Untuk mereka yang bersaiz XS, S dan M, anda boleh membeli kain siap di potong yang banyak di jual, TAPI JANGAN beli kain yang jenis berkaki, sebab kain yang siap dipotong KEBIASAANNYA tidak cukup 4meter walaupun dikatakan 4meter, tak caya ukur kain tu, SELALUNYA 38" sahaja utk 1meter. PENIPUAN yang orang tidak sedar.

(Tak semua,tapi ada kedai yg buat)


SEELOKNYA  BELI Kain minima 4.2meter, kain yg di potong di kedai kain untuk kain yang berkaki atau yang ada border sahaja. Untuk kain yang corak bertabur tidak menjadi masalah sekiranya anda membeli yang siap di potong.


2- Untuk mereka yang bersaiz L, XL, TOLONGLAH JANGAN BELI yang siap di potong walaupun corak kain sangat cantik kerana:


a- Kalau kain berkaki atau ada border, tolong beli 4.5meter


b- Kalau corak berterabur tolong beli minima 4.3meter


c- Kalau Kain Printed (Batik Crepe Yang cantik peknya) tolong buka dan tengok coraknya dulu, TAK SESUAI utk saiz XL keatas...


3- Untuk Peminat Kain jenis Lace atau nak buat baju Bertunang, baju Nikah atau apa-apa saja. TOLONG LAH JANGAN beli yang siap di potong kerana:


a- Contohnya jika siap dipasang dengan kain satin, JANGAN lah BELI!! Sebab kain lace tu akan jadi 37" saja per meter, memang tak cukup pun sebab untuk jahit sehelai baju yang selesa, biasanya peniaga kain akan bagi 2meter kain lace dan 4meter kain satin.


b- Kain Lace sahaja tolong beli 2.5meter sekiranya bidangnya 42", kalau bidang kain lace tu 52" dan bordernya sama atas dan bawah boleh beli 2meter sahaja.


Harap tips ini dapat membantu anda semasa membeli kain dan dapat jugak mengurangkan stress si tukang jahit akibat tak cukup kain.


Untuk tak nak memeningkan or bagi strees kepada puan2, kami di fafariry ada jual baju yang telah siap,exclusive design dari kami

www.fafariry.com


Boleh like follow page FB FAFARIRY www.facebook.com/fafariry